Thursday, October 27, 2011

pesana Rasulullah-6 sifat wanita yang perlu dielak untuk dikahwini

Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang terbaik untuk diri masing-masing. Namun, dalam kita mengejar yang terbaik lelaki sendiri kadang-kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri sebagai seorang muslim sejati(penulis sendiri juga tidak terkecuali dengan kata-kata ini) . Kita(lelaki) mengharapkan wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup maka kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali ; Sumber : Facebook Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah Merlimau

Jadi, wanita perlulah untuk elak diri mereka dari mempunyai 6 sifat negatif ini.

hati seorang wanita






-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

-SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

8 sikap wanita yang disukai lelaki



Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sam ada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

sebenarnye lelaki yang suka senyum tidak menarik bagi wanita


Lelaki beranggapan bahawa senyuman boleh membuat wanita tertarik kepadanya. Sayangnya, anggapan itu tidak sepenuhnya benar. Menurut penelitian lelaki sombong dengan wajah angkuh lebih menarik bagi wanita.
Sebuah kajian terbaru yang dilakukan oleh University of British Columbia telah menyimpulkan bahawa wanita merasa kurang tertarik secara seksual terhadap lelaki yang periang berbanding lelaki yang sombong dan moody.
Penelitian tersebut membantu menjelaskan mengapa wanita seringkali tertarik dengan lelaki ‘bad boy’. Selain itu, kajian juga mendapati cara bagaimana lelaki dan wanita menilai minat seksual dari ekspresi non-verbal seperti rasa senang, bangga dan rasa malu.
“Memperlihatkan wajah senang dianggap penting untuk dalam interaksi sosial termasuk daya tarikan seksual. Tapi dari segi penelitian diketahui wanita dan lelaki merespon ekspresi emosi secara berbeza termasuk senyum,” ujar ketua kajian bidang psikologi dari UBC Jessica Tracy, seperti yang dipetik dari Times of India.
“Kami mencari kalau wanita tidak terlalu tertarik dengan lelaki periang dengan wajah ceria. Justeru mereka lebih suka lelaki yang kelihatan kuat, moody atau yang malu-malu,” katanya.
Tracy menjelaskan bahawa alasan wanita lebih memilih lelaki sombong berwajah angkuh disebabkan oleh evolusi dan proses budaya. Misalnya, secara evolusi teori, wanita cenderung tertarik pada lelaki yang mempunyai wibawa, status, dan kompetasi sebagai pasangan. Ia juga menjelaskan, senyuman juga berkaitan dengan imej kurangnya dominasi lelaki.
Jika lelaki periang tak menarik bagi wanita, hal tersebut berbeza pula berbanding dengan tanggapan peserta lelaki. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘American Psychological Association journal Emotion’ mengatakan bahawa lelaki lebih tertarik secara seksual terhada wanita yang kelihatan bahagia dan percaya diri.